PRIMER PENUTUP JURANG POLISULFIDA
Penerangan
J-SEAL® PS PRIMER Polysulphide Joint Sealant Primer ialah primer penembusan tinggi satu komponen, digunakan bersama J-SEAL® PS-100 dan J-SEAL® PS-200 FR polysulphide joint sealants untuk membantu membentuk lekatan yang kukuh antara substrat dan bahan penutup jurang (joint sealant).
Kelebihan
- Kelikatan rendah dan mudah digunakan
-
Penembusan tinggi
-
Meningkatkan lekatan bahan penutup jurang kepada substrat
Aplikasi
-
Permukaan dan kawasan sambungan yang akan disapu dengan primer hendaklah kering, bersih dan bebas daripada habuk, kotoran atau bahan asing.
-
Sapukan satu lapisan nipis dan sekata menggunakan berus kecil.
-
Biarkan primer menjadi lekit (tacky) atau kering sentuh (touch dry) sebelum menggunakan bahan penutup jurang.
-
Jika lebih daripada tiga jam telah berlalu selepas aplikasi pertama, sapukan lapisan baharu primer sebelum meneruskan kerja penutupan jurang.
-
Rujuk arahan pemasangan bahan penutup jurang untuk maklumat lanjut atau hubungi CORKJOINT sekiranya latihan pemasangan bahan penutup jurang diperlukan.
Had Penggunaan
- Jangan sapu pada suhu di bawah 5°C atau melebihi 40°C
-
Elakkan aplikasi berlebihan
-
Elakkan sentuhan dengan kulit — rujuk maklumat Kesihatan & Keselamatan
-
Jangan buang ke dalam sistem air atau saluran air
-
Jangan merokok atau menggunakan api berhampiran bahan ini
Warna
-
Kuning lutsinar
Pembungkusan
-
1 Liter / Tin




BR 5018
US 3803
MY 3774
CN 1773
AR 458
MX 435
HK 363
GB 333
